PANDUAN: TATACARA


Kehadiran Graduan


  • Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Graduan TIDAK dibenarkan mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri konvokesyen kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.

PANDUAN: TATACARA


Pakaian Akademik Graduan


Etika pakaian yang perlu dipatuhi:

GRADUAN WANITA
  • Pakaian formal – perlu bersesuaian dengan protokol majlis. Contoh: baju kurung atau kebaya labuh. (sopan, kemas dan menampilkan perwatakan menarik, tidak ketat, tidak jarang, tidak berbelah dan tidak terdedah. Baju mestilah berlengan panjang dan sekiranya memakai skirt hendaklah melepasi paras lutut).
  • Graduan beragama Islam hendaklah menutup aurat dengan memakai tudung bagi yang bukan Islam, rambut disisir rapi, kemas dan tidak diwarnakan.
  • Kasut bertutup penuh dan bertumit lebar serta tidak terlalu tinggi, menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (court shoes / kasut bertutup), berwarna hitam / gelap yang bersesuaian. (kasut sukan, selipar dan sandal tidak dibenarkan)
GRADUAN LELAKI
  • Lounge suit berwarna gelap atau kemeja lengan panjang berwarna terang untuk keseragaman, graduan diwajibkan memakai tali leher.
  • Rambut graduan lelaki hendaklah pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak berwarna.
  • Kasut berwarna hitam/gelap yang bersesuaian serta stoking warna hitam/gelap (kasut sukan, selipar,sandal dan kasut getah tidak dibenarkan).

Pihak urusetia konvokesyen berhak menghalang mana-mana graduan daripada menyertai majlis konvokesyen sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian tersebut atau hadir lewat dari tempoh masa ditetapkan di dalam jadual sesi penganugerahan.

PANDUAN: TATACARA


Etika Majlis Konvokesyen


Para graduan dikehendaki mematuhi etika berikut semasa majlis konvokesyen berlangsung.

  • Perarakan graduan ke dalam dewan konvokesyen akan berlangsung selewat-lewatnya setengah jam sebelum majlis bermula.
  • Para graduan TIDAK DIBENARKAN meninggalkan tempat duduk di dalam dewan semasa majlis konvokesyen berlangsung. Sila ke tandas sebelum perarakan bermula atau pun selepas majlis berakhir.
  • TIDAK DIBENARKAN mengambil foto atau membuat rakaman audio-video semasa majlis yang berlangsung, kecuali jurufoto rasmi yang telah dilantik oleh pihak penganjur. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah berbangkit sekiranya graduan mengambil khidmat daripada jurufoto selain yang dilantik oleh pihak penganjur.
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam keadaan mod senyap. Penggunaan telefon bimbit semasa majlis berlangsung adalah dilarang sama sekali.
  • Sila patuhi arahan petugas-petugas acara majlis.

PANDUAN: TATACARA


Tetamu Graduan untuk Majlis Konvokesyen


  • Kad Pas Masuk tetamu akan diserahkan semasa pendaftaran raptai konvokesyen.
  • Graduan dibenarkan membawa DUA (2) orang tetamu sahaja ke dalam dewan upacara majlis. Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
  • Kanak-kanak yang berumur DI BAWAH DUA BELAS (12) TAHUN TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan upacara majlis.
  • Fotografi DILARANG semasa upacara berlangsung.
  • Semua graduan dan keluarga dinasihatkan supaya tidak membuat bising dan mengambil sarapan pagi sebelum majlis bermula.
  • Para tetamu dipohon agar berpakaian formal dan sopan.

SIJIL & TRANSKRIP


Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik


  • Sijil dan transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang tertunggak dengan Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.
  • Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil sijil dan transkrip, boleh berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.
  • Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil sijil dan transkrip bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Kolej Profesional & Pengurusan KLIA akan hanya menyerahkan sijil dan transkrip kepada wakil yang dilantik.

SIJIL & TRANSKRIP


Kesilapan Maklumat dalam Sijil dan Transkrip Akademik


  • Sebaik sahaja menerima sijil dan transkrip, setiap graduan perlu menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
  • Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam sijil atau transkrip ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah dari pihak Kolej Profesional & Pengurusan KLIA sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam tempoh EMPAT (4) minggu selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini sijil atau transkrip tidak lagi dikeluarkan.

SIJIL & TRANSKRIP


Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik


  • Diploma dan transkrip akademik asal hanya akan diberikan sekali sahaja. Graduan dinasihatkan menyimpan sijil diploma dan transkrip akademik dengan sebaik mungkin. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan sijil diploma dan transkrip akademik, graduan boleh memohon pencetakan semula kepada Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.
  • Permohonan pencetakan semula transkrip akademik akan dikenakan bayaran RM300.00 dan perlu disertakan bersama laporan polis. Permohonan dan bayaran boleh dibuat kepada Unit Kewangan Kolej.
  • Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tuntutan diploma dan transkrip akademik, graduan boleh menghubungi pihak Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.