INFO


Lokasi Majlis Konvokesyen Ke-8


  • Gateway Ballroom, Level 1
    HOTEL SAMA-SAMA, KLIA
    Jalan CTA 4B, 64000 KLIA
    Sepang, Malaysia

    samasamahotels.com

INFO


Tempat Letak Kenderaan


Sila patuhi arahan/tunjuk arah pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Terdapat TIGA (3) tempat berhampiran untuk graduan, ibu bapa atau penjaga meletakkan kenderaan.

  • BASEMENT PARKING, HOTEL SAMA-SAMA
    – Di bahagian basement Hotel Sama-Sama
    – Ruang adalah terhad (Jika penuh, disarankan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang berikut, atau yang diarahkan oleh pegawai keselamatan)
  • PARKING E KLIA
    – Tidak berbumbung
    – Lokasi di belakang Hotel Sama-Sama
  • PARKING C KLIA
    – Aras 3 hingga 5 Blok C
    – Berbumbung
    – Lokasi di sebelah kanan Hotel Sama-Sama
    – Pengangkutan Buggy* Hotel Sama-Sama disediakan di Level 2 Blok C
  • KADAR BAYARAN untuk ketiga-tiga tempat letak kenderaan di atas ialah RM8.00 sekali masuk dengan cop pengesahan pada tiket.
  • Cop pengesahan tiket boleh diperolehi daripada Kaunter Penerimaan Tetamu di Lobi Hotel Sama-Sama

PETA LOKASI
Parking C KLIA & Parking E KLIA

* Laluan Buggy Hotel Sama-Sama

  • Graduan, ibu bapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan yang telah disediakan atau kawasan meletak kenderaan yang diarahkan oleh pegawai keselamatan.

INFO


Penginapan


  • Tempat penginapan adalah di bawah tanggungan graduan. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang penginapan. Graduan disarankan membuat tempahan penginapan lebih awal.

INFO


Gambar Konvokesyen


  • Pihak urusetia konvokesyen akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan juruvideo profesional (di sini) bagi merakam gambar graduan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung DI DALAM DEWAN. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah DILARANG daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan apa-apa alat elektronik seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya semasa majlis berlangsung.
  • Pihak urusetia konvokesyen juga ada menyediakan perkhidmatan studio luar kepada para graduan/keluarga yang beroperasi di ruang legar hotel.
  • Graduan perlu berhubung terus dengan pihak jurugambar yang telah disediakan oleh pihak Kolej Profesional & Pengurusan KLIA untuk urusan pengambilan gambar semasa menerima diploma.

INFO


Jurugambar Rasmi


  • Sila rujuk risalah jurugambar bagi maklumat berkenaan gambar studio dan juga hal pemulangan jubah.

INFO


Barang-Barang Persendirian


  • Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang berharga ke dalam dewan pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian atau kerosakan.
  • Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang persendirian masing-masing. Pihak jawatankuasa konvokesyen tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin semasa majlis konvokesyen berlangsung.