ATURCARA: RAPTAI


Aturcara Taklimat Konvokesyen &
Hi Tea


Bagi memastikan majlis konvokesyen berjalan lancar, para graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen DIWAJIBKAN mengikuti Sesi Taklimat pada tarikh dan masa seperti jadual ketetapan di bawah.

TARIKH11 Disember 2022, Ahad
TEMPATHotel Sama-Sama, KLIA
MASAATURCARA
2.00 petangPendaftaran Pelajar
Bertempat di Lobi Ballroom, Hotel Sama-Sama
2.30 petangPengambilan Jubah
(Deposit RM100 Diperlukan)
Bertempat di Lobi Ballroom, Hotel Sama-Sama
2.45 petangTaklimat Konvokesyen
Bertempat di Ballroom, Hotel Sama-Sama
3.00 petangHi-tea
Tema Warna: Hitam & Merah
Talk by Alumni
Karaoke
Bertempat di Ballroom, Hotel Sama-Sama
6.00 petangBersurai

ATURCARA: RAPTAI


Peringatan Penting


  • Kehadiran sesi taklimat adalah WAJIB.
  • Pakaian semasa sesi taklimat mestilah kemas dan bersesuaian. Graduan adalah disarankan berpakaian “smart casual” dan TIDAK dibenarkan memakai skirt singkat, kemeja-t leher bulat, pakaian sukan atau sandal.
  • Para graduan perlu membuat pendaftaran dahulu sebelum menghadiri sesi taklimat.
  • Kad nama yang mengandungi nombor giliran/susunan barisan akan diberikan kepada graduan semasa pendaftaran konvokesyen bagi tujuan memudahkan graduan berbaris mengikut giliran.
  • Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran:
    (1) Kad pengenalan / mykad / pasport graduan
    (2) Resit asal pembayaran

ATURCARA: KONVOKESYEN


Aturcara Konvokesyen


  • Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Graduan TIDAK dibenarkan mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri konvokesyen kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej Profesional & Pengurusan KLIA.
TARIKH12 Disember 2022, Isnin
TEMPATHotel Sama-Sama, KLIA
MASAATURCARA
8.00 pagiPendaftaran Graduan
Bertempat di Lobi Ballroom, Hotel Sama-Sama
9.00 pagiKetibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.15 pagiPara Graduan dan Pensyarah Berbaris
9.30 pagiPerarakan Masuk Para Graduan
Perarakan Masuk Para Pensyarah
Perarakan Utama Lembaga Pengurusan Tertinggi dan Penerima Anugerah Tokoh
9.55 pagiNyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
10.00 pagiPengumuman Pengisytiharan Majlis oleh Ketua Eksekutif
Ucapan Presiden KLIA Premier Holdings Sdn Bhd
10.30 pagiSesi Penganugerahan bermula
Anugerah Tokoh Industri
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Diploma Pengurusan Penerbangan
Persembahan Selingan
Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Anugerah Tan Sri Ir. Jamilus
Pengumuman Pengisytiharan Penangguhan Majlis oleh Ketua Eksekutif
12.00 tengahhariPerarakan Keluar Dewan oleh Lembaga Pengurusan Tertinggi dan Penerima Anugerah
12.05 tengahhariSesi Bergambar
12.30 tengahhariPengambilan Sijil & Transkrip
1.00 petangBersurai

JUBAH


Pengambilan Jubah


  • Para graduan boleh mendapatkan jubah mengikut jadual yang dinyatakan di kaunter pendaftaran majlis konvokesyen semasa mendaftarkan diri.
Sesi Pengambilan Jubah

Tarikh: 11 Disember 2022, Ahad

Masa: 2.30 petang

Tempat: Lobi Ballroom, Hotel Sama-Sama, KLIA
  • Semasa pengambilan jubah, para graduan mesti menyediakan wang pendahuluan sebanyak RM100.
  • Para graduan diwajibkan mengambil jubah.
  • Para graduan mesti hadir sendiri untuk mengambil jubah bagi memastikan saiz jubah berpadanan dengan graduan.
  • Para graduan tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan kepada saiz jubah yang telah diambil sebelum meninggalkan kaunter pengambilan jubah.
  • Graduan perlu memastikan mendapat set jubah yang betul dan dalam keadaan baik.
  • Para graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah.
  • Para graduan mesti menggunakan jubah dan mematuhi warna kod pakaian seperti berikut:
GRADUAN DIPLOMAWARNA
Diploma Keselamatan & Kesihatan PekerjaanHIJAU
Diploma Pengurusan PenerbanganBIRU
Diploma Pentadbiran PerniagaanMERAH

JUBAH


Pemulangan Jubah


  • Jubah perlu dipulangkan ke kaunter pemulangan jubah setelah majlis konvokesyen tamat.
Pemulangan Jubah

Tarikh: 12 Disember 2022, Isnin

Masa: Selesai Majlis Konvokesyen,
selewat-lewatnya pukul 2.00 Petang


Tempat: Lobi Ballroom, Hotel Sama-Sama, KLIA